Untuk menjadi pemancing, beberapa gear khas perlu dibeli untuk melengkapkan perjalanan menarik di dunia memancing. Mengetahui jenis tali, rod dan reel yang betul adalah asas yang perlu dipelajari.

Dengan adanya alatan yang tepat dan sesuai, pengalaman memancing akan lebih menyeronokkan dan lebih selesa. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan reel menjadi kusut. Jika ini terjadi, jangan bimbang, perkara ini normal. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kesabaran.
Objektif utama artikel kali ini adalah untuk mengenali rod, reel dan tali (line) yang sesuai untuk anda.

3 faktor utama semasa membeli rod ialah
1. Cecincin yang melekat pada batang. Pastikan semua cincin dalam keadaan yang baik dan sempurna. Tiada yang patah, bengkok atau hilang.
2. Jenis material untuk pemegang rod. Ada pemegang yang dibuat dari plastik dan ada yang dibuat dari kayu lembut. Ada yang panjang dan ada juga yang pendek. Pastikan anda memilih yang paling selesa untuk penggunaan anda sendiri.
3. bahagian reel disambung . Pastikan tiada kecacatan pada bahagian sambungan. Selalunya sistem sambungan adalah universal bagi semua reel.

Rod boleh datang dalam 1 batang panjang atau 2 batang yang perlu disambung. Sambungan ini sangat mudah; hanya sambungkan kedua-dua hujung bersama-sama dan pastikan setiap cincin berbaris dengan lurus dan tepat. Kadang-kadang, Pelincir diperlukan. Apabila membeli rod, beri perhatian terhadap flexibility rod itu. Rasai kelenturannya dan pilih yang sesuai dengan tujuaan pengunaan. Rod di pasaran mempunyai perbagai saiz. Untuk permulaam rod sekitar 6 kaki panjang dan dan saiz medium berat atau “medium heavy” boleh digunakan. Rod paling popular selalunya dibuat dari grafit kerana ia adalah ringan dan kuat.

Terdapat banyak tali memancing untuk dipilih dipasaran dan ia boleh mengelirukan anda. Ia kebanyakannya diperbuat daripada nilon dan “monofilament” yang datang dengan pelbagai saiz dan panjang. Lebih besar saiz tali, lebih tebal dalam diameternya. Tali yang ada dipasaran ialah tali benang (braided), tali monofilament dan tali flourocarbon. Penggunaan tali-tali ini akan dibincangkan lagi di sini –> Perbandingan tali memancing

Untuk reel pula, banyak jenis faktor patut diambil kira semasa membeli alatan ini. Akan tetapi satu asas paling penting ialah keselesaan anda semasa menggunakannya. Jika anda mahu membeli, pastikan anda cuba dahulu dan rasai kelembutan memusing. Ada 2 kategori besar bagi reel.

1. Baitcasting reel. Selalunnya digunakan untuk memancing cara casting yang mengunnakan gewang.


2. Spinning reel. Jenis yang lebih popular dimana pengunaannya adalah lebih general.

Secara keseluruhannya semua gear perlu sepadan. Untuk memastikan pengalaman memancing yang terbaik, hal-hal lain juga patut diberi perhatian: kebersihan gear anda, Gunting, pisau Memancing, Peti pertolongan cemas, baldi umpan, cermin mata hitam, topi memancing dan bercakap tentang asas-asas, jangan lupa anda makanan ringan!

Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat datang ke dunia pemancing.

Leave a Reply