JomPancing.com ialah satu laman web yang dicipta khas untuk menyusun maklumat yang berguna untuk pemancing di Malaysia. Memancing ialah satu hobi yang popular di Malaysia. Samada memancing di tasik, parit, kolam kecil, kolam berbayar atau laut, aktiviti memancing mampu memberikan kepuasan yang tidak terhingga kepada peminatnya terutamanya apabila berjaya mendaratkan ikan. Disebabkan populariti hobi ini sangat tinggi di Malaysia, ramai usahawan-usahawan mula untuk menjual servis atau produk yang membantu para pemancing untuk merasai kepuasan menyentap dan menangkap ikan. Kedai memancing, kolam memancing berbayar, pakej percutian memancing, pakej memancing di bot dan banyak lagi servis-servis popular banyak dikeluarkan dalam industri. Tidak lupa juga kepada produk-produk mantap seperti joran, reel, mata kail dan lain-lain lagi yang juga bermacam jenis banyak di jual di Malaysia.

Dengan adanya teknologi web sekarang, maklumat-maklumat penting berkenaan lokasi, teknik, umpan dalan lain-lain lagi banyak di sebarkan secara online. Dengan sentuhan di hujung jari, para pemancing sekarang mampu mencari maklumat-maklumat ini.

Akan tetapi, semua maklumat ini bersepah di sana sini di dalam ruang digital dimana maklumat terkini munkin susah untuk dicapai. Lokasi-lokasi penting juga jarang di susun dengan elok membuatkan proses mencari secara online menambah pening di kepala.

Disinilah JomPancing akan membantu anda. Kami akan senaraikan semua maklumat penting untuk para pemancing untuk mencari kepuasan maksima dalam memancing. Maklumat seperti lokasi kolam berbayar, pakej pemancing, lokasi kedai memancing atau kedai umpan akan kami susunkan kepada anda siap dengan alamat dan peta digital untuk membantu anda pergi ke lokasi tersebut mengunakan GPS.

Kami akan sentiasa meningkatkan kualiti laman web kami untuk memastikan servis terbaik untuk anda,